zedechstudio,
zedechstudio,
IndexProjectsBlogContactPricingZedech AI ↗
Get in Touch
← Back to Blog

Cara Pilih Web Agency Yang Betul di Malaysia (Tanpa Kena Tipu)

"Kami boleh buat website RM500 je."

Kalau anda pernah dengar ni — lari. Bukan sebab murah tu salah. Tapi sebab dalam dunia web development, harga murah almost always bermaksud salah satu daripada ni:

  1. Template yang di-reskin sikit
  2. Freelancer yang hilang lepas bayar
  3. Takde support langsung lepas launch
  4. SEO? Apa tu?

Meeting dengan web agency

Red Flags Yang Perlu Anda Tahu

🚩 "Kami guna Wix/Squarespace"

Kalau agency charge anda RM3,000+ tapi guna website builder — anda boleh buat sendiri. Agency sepatutnya buat custom work yang anda tak boleh buat sendiri.

🚩 Takde portfolio

Kalau mereka tak boleh tunjuk kerja lepas, ada dua kemungkinan: mereka baru start (risky), atau kerja lepas mereka tak cukup bagus nak tunjuk (lagi risky).

🚩 "Siap dalam 3 hari"

Website yang betul — dengan design custom, copywriting, SEO, dan testing — ambil masa minimum 2-4 minggu. Kalau siap 3 hari, ia template.

🚩 Takde kontrak atau scope

Kalau takde document yang jelas tentang apa yang anda dapat, berapa revision, dan timeline — anda sedang invite masalah.

🚩 Hosting yang dikunci

Sesetengah agency host website anda pada server mereka dan tak bagi access. Kalau anda nak tukar agency, anda kena start dari zero. Ini hostage situation, bukan service.

Red flags dalam memilih agency

Soalan Yang Perlu Anda Tanya

Sebelum sign apa-apa, tanya soalan ni:

"Boleh saya tengok 3 projek terbaru?" Portfolio terbaru lebih penting dari portfolio terbanyak. Design dari 2020 tak relevant dah.

"Siapa yang akan buat kerja sebenarnya?" Sesetengah agency outsource kepada freelancer luar. Bukan salah, tapi anda patut tahu.

"Apa yang berlaku lepas launch?" Support, maintenance, hosting — semua ni perlu jelas sebelum start. Bukan lepas dah bayar baru tanya.

"Saya dapat apa kalau nak pindah?" Source code, domain ownership, hosting access — pastikan semua ini milik anda.

"SEO termasuk ke?" Ramai agency buat website cantik tapi zero SEO. Website cantik yang takde orang jumpa sama je macam takde website.

Berapa Harga Yang "Betul"?

Untuk SME di Malaysia:

  • RM1,000–3,000 — Basic tapi custom. Good untuk startup atau bisnes baru.
  • RM3,000–8,000 — Full website dengan SEO, copywriting, dan integrations. Paling common untuk growing business.
  • RM8,000–20,000 — Premium dengan branding, custom backend, dan ongoing support.
  • RM500 ke bawah — Template. Boleh buat sendiri.

Harga bukan segalanya, tapi kalau terlalu murah, ada sebab.

Website yang siap dan profesional

Macam Mana Kami Kerja di Zedech Studio

Kami transparent dari awal:

  1. Discovery call — kami fahamkan bisnes anda, bukan terus quote
  2. Proposal yang jelas — scope, timeline, harga, semuanya dalam document
  3. Design approval — anda approve sebelum kami build
  4. Launch + support — minimum 14 hari support selepas launch
  5. Anda punya semuanya — code, domain, hosting. Semua milik anda.

Projek kami start dari RM3,000. Kalau itu dalam budget anda, jom borak.

Book a discovery call →